Tuesday, September 29, 2009

Potret Hari Raya Eidulfitri 2009

Allahuakbar... Allahuakbar... Walilhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwata'ala kerana dengan limpah kurnianya kita beoleh kenikmatan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut ini selepas kita berjaya melawan dan mengekang nafsu kita selama sebulan Ramadhan... Tibanya Syawal merupakan hari kemenangan kepada kita sebagai umat Islam yang terpilih olehNya ini...



Di kesempatan kali ini, tokbah ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua... Raya kali ini amat meriah sekali bagi diri tokbah dan tokmi kerana semua anak-anak tokbah yang 12 orang ni semuanya balik termasukla 3 orang menantu dan 5 orang cucu tokbah ni... Jadi semua sekali ahli rumah Bayt Rahmah kat Mache ni sekarang berjumlah 22 orang dan InsyaAllah pada hari Raya Aidiladha ini keluarga kita akan bertambah lagi seorang dan tahun depan pula lagi dua orang... InsyaAllah...

Kali ini di blog tokbah ni, kita kongsi bersama potret hari raya baru-baru ini...


Posing hari raya: Dhuha, ayohsif, ayohwea, ayohming, mokja dan mokyah.


Sibuk duk menyiapkan kad-kad jemputan ayohming untuk hari bekwoh ayohming pada hari Raya Haji nanti.


Telatah awfa yang suka menulis dilayan oleh mok-mok, ayoh-ayoh dan tokbah. Abg Khayr pulak duk tengok tv je, lps main game, tengok tv...



Lagi gelagat afwa yang pemalu ni...



Ni pula gaya awfa sebelum tidur dan tengah-tengah tidur...


Awfa pakai jubah yang tokbah hadiahkan, comel awfa...



Pagi raya awfa dah buat perangai, nak ikut pergi solat hari raya...


Tengok la adik fawwaz hensem sebab baby pun dah pakai baju melayu ngan kopiah... Abang awfa pulak dah buka baju melayu, tinggal pampers je... Awfa duk memujuk adik fawwaz yang duk menangis tu... baik betul abag awfa nih.


Semua mok-mok ngan ayoh-ayoh nak bergambar ngan fawwaz nih... mujur la fawwaz baby yang baik. Awfa ni pulak pemalu sungguh...



Ni tokbah ngan fawwaz...



Ni kak Dhuha, cucu perempuan tunggal dari lima orang cucu tokbah. Tengokla dhuha ni, kurus kering, susah nak makan nasi, kalau gula-gula, coklat tu suka la makan. Harap-harap lepas ni Dhuha cepat gemuk sikit, nanti nak masuk sekolah darjah satu tahun depan, takpun kalau nak suruh cepat gemuk, mari duduk kat mache ngan tokbah dan tokmi ni!


Hidangan hari raya... ada biskut, kek raya, sate, nasi himpit, lemang, ketupat, tapai beras dan macam-macam lagi... meriah.


Maqlubah istimewa dari umi awfa dan tokmi.


Proses membuat maqlubah... tengah hari baru boleh makan...


Lemang yang dikirim dari bakal besan tokbah, nasi himpit dan tapai beras istimewa tokmi.



Proses membuat tapai beras, agak rumit juga. Tapai beras moden, sebab guna bekas plastik, tokmi tak larat nak balut guna daun getah dan daun pisang, senang buh dalam bekas je, cepat siap.


Ni pula masa hari raya kedua, semua balik kampung tokbah kat Pulai Gajah. Tu tokdo (adik tokbah), tok mek (kakak kedua tokbah), tok cik (abang ipar tokbah) dan tok som (kakak sulong tokbah). Kesian tok som, hampir-hampir kena strok...



Suasana kampung tokbah... terimbau kenangan tokbah dulu...


Ziarah kubur che' wa (ayah tokbah), toknyang (mak tokbah), kakak tokbah dan saudara-mara tokbah kat Pulai Gajah.


Ziarah kubur tok ayah (ayah tokmi), toknyang (mak tokmi), nyang (nenek tokmi), tok cik wi (abang tokmi) dan tok ayah me (ayah abang anis) kat Machang.


Penat bermain bunga api di malam raya... semua tidur kepenatan... aksi-aksi tidur yang macam-macam rupa... Aik tokbah pun ada sekali!


Malam hari raya... wahh, semua anak-anak dan cucu-cucu tokbah duk bergembira bermain bunga api yang biasa tu, tokbah tak benar main mercun, bahaya.


Sehari sebelum raya, mokja, mokyah, ayohsif ngan ayohwea sempat lagi gi kb shopping raya...


Mokja dan mokyah baik hati raya kali ni sebab dorang belanja raya kat semua... Bagitau je nak ape, mesti dorang belikan... Ayohwea mengambil kesempatan mengepow mokja kopiah berharga RM50, seronok la ayohwea.


Potret Raya Aidilfitri 2009 di Machang...

Wednesday, September 23, 2009

Salam Eidulfitri dari Mache


Selamat Hari Raya dari Tokbah sekeluarga di Mache...
Ampun dan maaf dipinta di atas salah silap kami sekeluarga...
Semoga Ramadhan yang berlalu memberi makna yang berharga buat kita semua...
dan semoga Syawal yang muncul jua memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kita bersama...



---> Berkumpul pada hari raya kedua sebelum pulang ke kampung di Pulai Gajah...
Tiada dalam gambar (Syifah, Isye dan Hafiz, serta menantu-menantu dan cucu-cucu)

Monday, August 24, 2009

Ramadhan di Mache


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala, tahun ini merupakan kali ke 60 tok bah dapat mengharungi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Banyak cerita yang tokbah nak ceritakan kepada anak-anak dan cucu-cucu tokbah berkenaan kisah tokbah masa tokbah mula belajar berpuasa sehinggalah ke hari ini... Tunggulah, nanti ada masa tokbah akan bercerita lagi.

Kali ni tokbah nak bercerita mengenai suasana Ramadhan kali ini. Tokbah ngan tokmi gembira sangat sebab anak-anak tokbah yang 12 orang ni kecuali ayohling sorang je yang tak balik ke mache nih. Takpelah, lagipun ini kali pertama ayohling berpuasa di sana, biarlah biar ayohling cuba mencari pengalaman berpuasa di sana. Lagipun nanti raya ni ayohling ngan mokna pon akan balik ke mache nanti. Yang belum sampai ke mache nih cuma keluarga umi+baba+abang khayr+umayr+dhuha+awfa je, yang lain ayohse, ayoh pih+mokwa+fawwaz, mokja, ayohming, mokyah, ayohsif, sumi, ayohhe, ayohkih ngan ayohwea dah ada kat mache dah. Ada 15 orang ada kat rumah tokbah nih. Tinggal lagi umi+baba+abang khayr+umayr+dhuha+awfa yang kat Shah Alam je belum sampai lagi. Takpe kami semua sabar menunggu di sini...

Baiklah, sini tokbah nak cerita dan tunjukkan sedikit gambar suasana awal Ramadhan di rumah kita kat Mache nih.


Tengoklah, ramai tak yang duk solat terawikh tu? Kali ni kita ada dua imam istimewa untuk menjadi imam bagi solat terawikh nih. Imam kali ini ialah Ayohkih dari Maahad Muhammadi (calon SPM tahun ni) dan Ayohwea pelajar tahfiz Sains Tumpat (Calon PMR tahnun ni)... Tahun ni, kita buat solat terawikh berjamaah kat rumah je, sebab dah ramai dah, lagipun tokmi tengah sakit lutut dan setiap malam pulak hujan, jadi tokbah buat solat terawikh ni kat rumah je. Nanti abang khayr ngan umayr balik, ha boleh la nak cuba jadi imam pulak. Lepas solat terawikh dorang ni duk tengok tv dan makan moreh pulak, pastu tokmi pulak duk belek-belek kain geng-geng mok-mok yang akan dijahit sempena raya nanti. Kali ni Mokja yang sponsor kain-kain untuk mok-mok nih. Yang lelaki nanti dulu, nanti tokbah ngan tokmi jalan-jalan ke kota bharu, tokbah beli yang siap je untuk ayoh-ayoh ngan cucu-cucu lelaki nih, senang kan!



Sempena puasa ni tokbah siap beli satu kotak kurma dari Yusuf Taiyyub nih, semua suka kurma nih. Pastu ayohsif pulak sponsor makanan dan minuman dari HPA, seronok. Bila dah puasa nih, tokbah ngan tokmi duk rumah je lah, yang selalu keluar beli barang dapur dan barang rumah ni tokbah serah kat mokja, mokyah, ngan ayohsif je lah. Boleh la tokbah ngan tokmi duk kat rumah je. Tapi minggu ni, tokbah kena pergi hantar ayohwea ngan ayohkih pergi sekolah lepas subuh lagi sebab ada kelas tambahan masa cuti nih.



Waaaa macam-macam juadah berbuka puasa yang tokmi sediakan untuk berbuka puasa minggu nih. Tokmi ikut je kehendak ayoh-ayoh ngan mok-mok ni nak makan apa. Ada yang mintak nak makan singgang daging, ayam kicap, ayam percik, ikan bakar, kuih butir nangka, nekbat, akok, cendol dan macam-macam lagi la.


Ha ni ikan bakar ngan pencicah air asam tokmi, sedap. Pastu ada ayam goreng dan ayam golek kegemaran ayohwea la tu. Kali ni tokbah suruh mokja ngan mokyah rajin-rajin ke dapur, tengok tokmi masak. Tengok, kan senang kalau dari awal-awal dulu lagi semua mok-mok ni rajin masuk dapur mesti tau masak. Mokyah dah pandai siang ikan ngan buat singgang daging ni. Macam-macam tokmi ajar. Mokja pun dah tau dah sikit-sikit. Nanti bila balik ke Johor, Sarawak senang nak masak, jangan duk beli kat luar, jangan duk tunggu kawan masak je.



Ni pula murtabak, dadih mokyah ngan butir nangka+durian mokyah ngan mokja yang tolong tokmi buat. Biar tau buat kuih ni, senang je.


Ini pula telur masin yang tokmi bakar, daging singgang, cendol dan nekbat. Sedap betul.


Syukur Alhamdulillah, di atas rezeki yang diberikan kepada kita sekeluarga. Sambil makan jangan lupa kita ingat kat saudara-saudara kita di Palestin, Somalia dan di negara kita sendiri yang lebih susah dari kita nih. Sebab tu kita kena selalu bagi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan, anak yatim piatu pun ramai juga.

Tokbah dan Tokmi nak ucap selamat menjalani ibadah puasa kepada semua anak-anak dan cucu tokbah semua. Rajin-rajin solat terawikh, bangun sahur, mengaji quran. Jangan duk main, duk tidur je.

Wassalam.

Saturday, June 13, 2009

Bila Cucu-cucu Tokbah Pulang ke Mache

Seronoknya Tokbah ngan Tokmi bila semua anak dan cucu tokbah yang lima orang ni balik ke rumah tokbah di mache nih. Geger gegok rumoh tokbah nih. Jom, mari kita tengok gelagat cucu tokbah semasa berada di rumah tokbah ni...

Ni abang Khayr, Umayr,Dhuha ngan Awfa yang pulang bersama umi ngan baba dia dari Shah Alam. Sian cucu-cucu tokbah, terpaksa naik kereta jauh-jauh, berjam-jam pulak tu sebelum sampai ke mache nih. Takpelah, nanti bila balik umah tokbah, boleh main macam-macam...

Kesian adik Awfa ni, baru bangun tidur la ni, kena tinggal dengan umi dan baba ye, takpe kat mache ni ada tokbah, tokmi,ayohse,ayohpih, mokja,ayohming, ayohling, mokyah, ayohsif, sumi, ayoh he, ayohqif, ayoh wea pon ado. Awfa suka kan? Toyyib!

Adoila Awfa ni, tak mau pakai baju pulak, nak pakai pampers je, tak malu kat adik Fawwaz la abang Awfa nih.

Tengok tu Dhuha, Awfa ngan Umayr, sibuk nak meriba adik Fawwaz, sib baik adik Fawwaz baby yang baik, sporting je, sepupu-sepupu nak riba, nak main pun ok je. Tapi abang Awfa dah jeles ngan adik Fawwaz, sebab mula-mula jumpa dah cubit adik Fawwaz nih, takpe tu salam perkenalan dari abang Awfa ngan adik Fawwaz, sebab dorang baru pertama kali jumpa semenjak adik Fawwaz dilahirkan. Takpe kan Fawwaz?

Ni pulak gelagak si mek Dhuha sorang ni, yela cucu puang sorang, semua yang dhuha mintak, tokbak, tokmi ngan ayoh-ayoh, mok-mok ikut... suka la tu...

Suka la ayoh wea, abg khayr duk kacau awfa tidur nih. Rajinnya awfa baca buku, ayoh wea duk ajar awfa membaca ke tu? Ayoh qih gan awfa duk main gapo tu?

Penat-penat main game kat komputer, pakat tengok tv plak. Abis bersepah rumoh tokmi ni, adoi la. Tu pakat duk berkerumun tokmi tu sebab ape tu? Ramai plak duk dengar tokmi bercerita ke?

Umayr ngan Afwa duk buat apa tu? sampai tertonggek awfa tu... macam-macam. Tu pulak mokna duk melayan awfa minum petang. Ape la awfa ni, duk cicah pisang goreng ngan air teh 0, abis tumpah air kat atas meja, macam-macam awfa nih. Tu awfa buat perangai ape plak tu, umi awfa riba pun duk wat perangai juga, tapi tokbah paham sebab ape... sebab afwa tak nak balik shah alam kan?

Lambaian terakhir dari dhuha, umayr, abang kahayr ngan awfa sebelum kembali ke shah alam...

Bye bye seme cucu-cucu tokbah dan tokmi... seme dah nak kembali ke shah alam ye... sunyi la rumah tokbah ni. Ayoh ling ngan mokna pun dah balik ke Betong Sarawak, Ayoh pih ngan mok wa ngan adik fawwaz pun dah balik ke kota bharu, mokyah pun dah kembali ke tangkak, johor, ayoh kih dah balik ke asrama kat kb, ayoh wea pun dah balik asrama kat tumpat. Lepas ni ayoh ming pun nak balik ke air banun kat jeli nun, ayoh sif pun nak kembali ke Bangi, pastu mokja pun nak kembali ke tegelam, sarawak juga... Nanti tinggal tokbah, tokmi, ayohse, sumi ngan ayoh he je kat mache nih...

Semoga semua anak-anak dan cucu-cucu tokbah ngan tokmi sentiasa dirahmati, diberkati, diberi kesenangan, kesihatan yang baik, ketenangan, kekuatan, ketabahan dan sentiasa dilindungi Allah dari segala dugaan dan cabaran serta ujian... Jangan lupa, solat 5 waktu dan mengaji quran... dan juga, belaja-belajarlah memasak!!!

Friday, June 12, 2009

Fawwaz dah besar

Tengoklah semua, adik Fawwaz dah besar, dah umur 4 bulan...

Ni adik Fawwaz duk beriba ngan ayoh wea, tengok tu, senyum je Fawwaz ni...

Mokyah pulak dukung Fawwaz, suka la tu...

Ni pulak atas riba Mokja... Fawwaz ni suka beriba ngan duk atas dukung, kalo kita letak atas tilam, mesti nangis...

Chakk aaaaaaa... bulatnye mata Fawwaz tu...

Fawwaz ni dah pandai bebel dah, dengan cara dia la... bebebebebe... pastu suka buat buih...

Macam-macam gelagat adik Fawwaz ni. Untungla Fawwaz kalo balik Mache, ye a mok2 ngan ayoh2 rama, lepas sorang... sorang ambik dukung Fawwaz ni... penat tapi sukaaaaaa...