Monday, August 24, 2009

Ramadhan di Mache


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala, tahun ini merupakan kali ke 60 tok bah dapat mengharungi bulan Ramadhan yang penuh barakah ini... Banyak cerita yang tokbah nak ceritakan kepada anak-anak dan cucu-cucu tokbah berkenaan kisah tokbah masa tokbah mula belajar berpuasa sehinggalah ke hari ini... Tunggulah, nanti ada masa tokbah akan bercerita lagi.

Kali ni tokbah nak bercerita mengenai suasana Ramadhan kali ini. Tokbah ngan tokmi gembira sangat sebab anak-anak tokbah yang 12 orang ni kecuali ayohling sorang je yang tak balik ke mache nih. Takpelah, lagipun ini kali pertama ayohling berpuasa di sana, biarlah biar ayohling cuba mencari pengalaman berpuasa di sana. Lagipun nanti raya ni ayohling ngan mokna pon akan balik ke mache nanti. Yang belum sampai ke mache nih cuma keluarga umi+baba+abang khayr+umayr+dhuha+awfa je, yang lain ayohse, ayoh pih+mokwa+fawwaz, mokja, ayohming, mokyah, ayohsif, sumi, ayohhe, ayohkih ngan ayohwea dah ada kat mache dah. Ada 15 orang ada kat rumah tokbah nih. Tinggal lagi umi+baba+abang khayr+umayr+dhuha+awfa yang kat Shah Alam je belum sampai lagi. Takpe kami semua sabar menunggu di sini...

Baiklah, sini tokbah nak cerita dan tunjukkan sedikit gambar suasana awal Ramadhan di rumah kita kat Mache nih.


Tengoklah, ramai tak yang duk solat terawikh tu? Kali ni kita ada dua imam istimewa untuk menjadi imam bagi solat terawikh nih. Imam kali ini ialah Ayohkih dari Maahad Muhammadi (calon SPM tahun ni) dan Ayohwea pelajar tahfiz Sains Tumpat (Calon PMR tahnun ni)... Tahun ni, kita buat solat terawikh berjamaah kat rumah je, sebab dah ramai dah, lagipun tokmi tengah sakit lutut dan setiap malam pulak hujan, jadi tokbah buat solat terawikh ni kat rumah je. Nanti abang khayr ngan umayr balik, ha boleh la nak cuba jadi imam pulak. Lepas solat terawikh dorang ni duk tengok tv dan makan moreh pulak, pastu tokmi pulak duk belek-belek kain geng-geng mok-mok yang akan dijahit sempena raya nanti. Kali ni Mokja yang sponsor kain-kain untuk mok-mok nih. Yang lelaki nanti dulu, nanti tokbah ngan tokmi jalan-jalan ke kota bharu, tokbah beli yang siap je untuk ayoh-ayoh ngan cucu-cucu lelaki nih, senang kan!



Sempena puasa ni tokbah siap beli satu kotak kurma dari Yusuf Taiyyub nih, semua suka kurma nih. Pastu ayohsif pulak sponsor makanan dan minuman dari HPA, seronok. Bila dah puasa nih, tokbah ngan tokmi duk rumah je lah, yang selalu keluar beli barang dapur dan barang rumah ni tokbah serah kat mokja, mokyah, ngan ayohsif je lah. Boleh la tokbah ngan tokmi duk kat rumah je. Tapi minggu ni, tokbah kena pergi hantar ayohwea ngan ayohkih pergi sekolah lepas subuh lagi sebab ada kelas tambahan masa cuti nih.



Waaaa macam-macam juadah berbuka puasa yang tokmi sediakan untuk berbuka puasa minggu nih. Tokmi ikut je kehendak ayoh-ayoh ngan mok-mok ni nak makan apa. Ada yang mintak nak makan singgang daging, ayam kicap, ayam percik, ikan bakar, kuih butir nangka, nekbat, akok, cendol dan macam-macam lagi la.


Ha ni ikan bakar ngan pencicah air asam tokmi, sedap. Pastu ada ayam goreng dan ayam golek kegemaran ayohwea la tu. Kali ni tokbah suruh mokja ngan mokyah rajin-rajin ke dapur, tengok tokmi masak. Tengok, kan senang kalau dari awal-awal dulu lagi semua mok-mok ni rajin masuk dapur mesti tau masak. Mokyah dah pandai siang ikan ngan buat singgang daging ni. Macam-macam tokmi ajar. Mokja pun dah tau dah sikit-sikit. Nanti bila balik ke Johor, Sarawak senang nak masak, jangan duk beli kat luar, jangan duk tunggu kawan masak je.



Ni pula murtabak, dadih mokyah ngan butir nangka+durian mokyah ngan mokja yang tolong tokmi buat. Biar tau buat kuih ni, senang je.


Ini pula telur masin yang tokmi bakar, daging singgang, cendol dan nekbat. Sedap betul.


Syukur Alhamdulillah, di atas rezeki yang diberikan kepada kita sekeluarga. Sambil makan jangan lupa kita ingat kat saudara-saudara kita di Palestin, Somalia dan di negara kita sendiri yang lebih susah dari kita nih. Sebab tu kita kena selalu bagi sedekah kepada orang yang lebih memerlukan, anak yatim piatu pun ramai juga.

Tokbah dan Tokmi nak ucap selamat menjalani ibadah puasa kepada semua anak-anak dan cucu tokbah semua. Rajin-rajin solat terawikh, bangun sahur, mengaji quran. Jangan duk main, duk tidur je.

Wassalam.

1 comment:

المجاهد said...
This comment has been removed by the author.