Darvel Bay..
Pernah ku terdampar
Di pesisir beningmu..
Di timbus pasir rindu
Bila kakiku..
Melangkah tanpa tuju
Dalam meraup bisik bayumu
Yang membingkis cerita desaku..
Darvel Bay
Tenag biru airmu...
Cuma ilusi falsu..
Kerana riak ombakmu..
Membias pinar mataku..
Rupanya..
Berpekan berlalu
Tangis sulung puteriku..
Mengocak hening subuh itu..
Tanpaku di sisi
Beralunkah azan merdu
Menghembus telinga lembut itu..
Terbisikkah Iqamat keramat
Menyelinap ke sumsum rapuh itu..
Suara lunak siapakah itu..
Sayu.. syahdu..
Cekwo kah itu memangku cucu..
Tok Ayah bersamakah
Mengusap ubun-ubun
Tanpaku.. mereka mewakili diri..
Darvel Bay..
Terhirisnya cebisan rasa..
Ngilunya tajam mencengkam siksa
Biar seindah mana panorama
Biar selembut sutera
Hembus bayu sore mu..
Biar seputih kapas
Gumpalan awanmu berlalu
Takkan terungkai...
Simpul sendu
Ikatan pilu
jerat sayu
Kerana..
Enam purnama
Yang pasti berlalu
Menghakimi
Rentetan
Di pesisirmu..
No comments:
Post a Comment