Thursday, June 11, 2009

Tokbah pun balik kampung juga...

Tokbah pun balok kampung juga... nun kat Pulau Gajah...
Kat kampung ada kakak-kakak tokbah, tok sum dan tok mek serta adik-adik tok bah, tok do ngan toksu. Lagi sorang kaka tok bah, tok mek, duk kat mache. Kat kampung tokbah ada anak-anak sedara toknah, ramai duk kat kampung ni. Nanti bila semua cucu tokbah besar, selalulah jengok kampung tokbah ni ...


Inilah rumah toknyang, mak tokbah. Mak tokbah meninggal dunia masa abang khayr kecik-kecik lagi. Ayah tokbah, che'wa meninggal dunia dah lama dah, masa mokja baby lagi. Di rumah ni la tokbah dilahirkan dan tempat tokbah bermain, belajar dan membesar. Banyak cerita tokbah masa kecik-kecik dulu, nanti bila khayr, umayr, dhuha, awfa dan fawwaz balik kampung kat umah tokbah di mache, nanto tokbah cerita...

Tengoklah ayoh wea ngan mokyah duk bergambar dekat balaisah sebelah rumah toknyang tu..., syukurlah balaisah arwah che'wa ni masih lagi utuh digunakan dan dimanfaatkan sehingga ke hari oni. Nasib baik ada anak sedara tokbah ni, abe di, yang selalu mengimarahkan balaisah ni dengan solat 5 waktu berjamaah dan juga memanggil ustaz-ustaz untuk mengajar dan memberi tazkirah kat balaisah ni. Tokbah memang terharu sangat, sebab tokbah tak boleh selalu balik kampung tokbah ni... syukurlah.

Ha ni semua pakat duk berkumpul depan balaisah ni sambil membungkus hadiah dan berborak-borak ngan anak, dan sanak sedara tokbah semasa menghadiri majlis "bekwoh" wani, anak sedara tokbah ni. Rumah dia belakang balaisah ni je, sebab tu singgah kat sini dulu.

Semoga kampung tokbah terus terpelihara...

No comments: