Thursday, June 11, 2009

Tokbah pun balik kampung juga...

Tokbah pun balok kampung juga... nun kat Pulau Gajah...
Kat kampung ada kakak-kakak tokbah, tok sum dan tok mek serta adik-adik tok bah, tok do ngan toksu. Lagi sorang kaka tok bah, tok mek, duk kat mache. Kat kampung tokbah ada anak-anak sedara toknah, ramai duk kat kampung ni. Nanti bila semua cucu tokbah besar, selalulah jengok kampung tokbah ni ...


Inilah rumah toknyang, mak tokbah. Mak tokbah meninggal dunia masa abang khayr kecik-kecik lagi. Ayah tokbah, che'wa meninggal dunia dah lama dah, masa mokja baby lagi. Di rumah ni la tokbah dilahirkan dan tempat tokbah bermain, belajar dan membesar. Banyak cerita tokbah masa kecik-kecik dulu, nanti bila khayr, umayr, dhuha, awfa dan fawwaz balik kampung kat umah tokbah di mache, nanto tokbah cerita...

Tengoklah ayoh wea ngan mokyah duk bergambar dekat balaisah sebelah rumah toknyang tu..., syukurlah balaisah arwah che'wa ni masih lagi utuh digunakan dan dimanfaatkan sehingga ke hari oni. Nasib baik ada anak sedara tokbah ni, abe di, yang selalu mengimarahkan balaisah ni dengan solat 5 waktu berjamaah dan juga memanggil ustaz-ustaz untuk mengajar dan memberi tazkirah kat balaisah ni. Tokbah memang terharu sangat, sebab tokbah tak boleh selalu balik kampung tokbah ni... syukurlah.

Ha ni semua pakat duk berkumpul depan balaisah ni sambil membungkus hadiah dan berborak-borak ngan anak, dan sanak sedara tokbah semasa menghadiri majlis "bekwoh" wani, anak sedara tokbah ni. Rumah dia belakang balaisah ni je, sebab tu singgah kat sini dulu.

Semoga kampung tokbah terus terpelihara...

Friday, June 5, 2009

Gelagat Cucu-cucu Tokbah

Ini cucu-cucu tokbah ngan tokmi di Shah Alam. Ada adik Awfa, kak Dhuha, Abg Umayr dan Abg Khayr...

Gelagat Awfa


Ni pulak kak Dhuha ngan adik Afwa

Tengokla abg.Umayr ngan abg Khayr serta kawan-kawan... seronok duk main kat taman ye.

Sunday, May 31, 2009

Konvo Mokja

Konvokesyen IPG Zon Timur (Kota Bharu, Batu Rakit dan Besut)
Bertempat di Dewan Utama USM, Kubang Kerian, Kelantan
Tarikh: 31 Mei 2009 (Ahad)
Masa: 8:00 Pagi

Mokja bergambar bersama Tokbah, Tok Mi Ayoh He, Su Mi ngan kawan-kawan mokja.

Tahniah Mokja!!

Testing jubah konvo IPKB. Ni pagi nak bertolak ke USM kat rumah... Walaupun dah terlewat, sempat lagi mokja ngan Ayoh Qih berpossing...




Konvo Mokyah

Konvokesyen Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras
Bertempat di Dewan Sri Siantan, Putrajaya
Tarikh 28 Mei 2009


TAHNIAH!! Mokyah konvo lagi...


Mokyah bersama Tokbah, Tokmi dan Ayoh Sif juga kawan mokyah.


Mokyah bersama-sama Tokbah, Tokmi di persekitaran Putrajaya.

Sunday, May 10, 2009

Majlis Pertunangan Ayoh Sif

Majlis Pertunangan Ayoh Sif & Nur Syahidah
9 Mei 2009 bersamaan 14 Jumadal Awwal 1430 Hijrah
Banting, Selangor

Persiapan membuat hantaran di rumah kak pah di Shah Alam. Tidur semalaman di sana.

Rombangan melangkah naik ke rumah bakal tunang ayoh sif.
Kelihatan rombongan dari Mache begiti bersemangat waja, diketuai oleh Mokyah membawa sirih junjung.

Tok Bah tengah mengadakan perbincangan bersama wakil pihak perempuan.

Yum-yum... makanan yang dihidangkan oleh pihak perempuan untuk tetamu jauh dari Mache.

Aksi rombongan dari celah meja.

Kelihatan rombongan dari Mache bersama sebahagian barang hantaran yang bertemakan kehijauan... (warna favourite ore mache).

Itu dia, Ayah Sif kelihatan tersenyum sengeh di hujung dinding rumah.

Saat-saat yang dinanti, tokmi menyarung cincin pertunangan kepada bakal menantu, Nur Syahidah... Sah jadi tunang ayoh sif!