Zikrullah yang beralun di Jeram (Lata) Batang Nyiur....
Rehlah kami
di ujung kampung
bersama pacat melekat
membedaki wajah
di belantara sepi
ditemani muzik rimba
Betapa dingin
air lata menjamah kami
dengan bisikan sayu
di celah-celah pejal batu
mesra menyambut kami
Dalam renyai hujan
yang bersatu erat
Bersama lumpur...
pasir..
dan
batu
Tidak mampu
kami memisah diri
di hujung sore itu
kerana
lambaian palma rimba
membeku langkah kami...
Tokbah
7 Jun 2008
No comments:
Post a Comment