Tuesday, September 29, 2009

Potret Hari Raya Eidulfitri 2009

Allahuakbar... Allahuakbar... Walilhamdulillah...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah subhanahuwata'ala kerana dengan limpah kurnianya kita beoleh kenikmatan menyambut hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidilfitri yang kita sambut ini selepas kita berjaya melawan dan mengekang nafsu kita selama sebulan Ramadhan... Tibanya Syawal merupakan hari kemenangan kepada kita sebagai umat Islam yang terpilih olehNya ini...



Di kesempatan kali ini, tokbah ingin mengucapkan sekali lagi Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin buat semua... Raya kali ini amat meriah sekali bagi diri tokbah dan tokmi kerana semua anak-anak tokbah yang 12 orang ni semuanya balik termasukla 3 orang menantu dan 5 orang cucu tokbah ni... Jadi semua sekali ahli rumah Bayt Rahmah kat Mache ni sekarang berjumlah 22 orang dan InsyaAllah pada hari Raya Aidiladha ini keluarga kita akan bertambah lagi seorang dan tahun depan pula lagi dua orang... InsyaAllah...

Kali ini di blog tokbah ni, kita kongsi bersama potret hari raya baru-baru ini...


Posing hari raya: Dhuha, ayohsif, ayohwea, ayohming, mokja dan mokyah.


Sibuk duk menyiapkan kad-kad jemputan ayohming untuk hari bekwoh ayohming pada hari Raya Haji nanti.


Telatah awfa yang suka menulis dilayan oleh mok-mok, ayoh-ayoh dan tokbah. Abg Khayr pulak duk tengok tv je, lps main game, tengok tv...



Lagi gelagat afwa yang pemalu ni...



Ni pula gaya awfa sebelum tidur dan tengah-tengah tidur...


Awfa pakai jubah yang tokbah hadiahkan, comel awfa...



Pagi raya awfa dah buat perangai, nak ikut pergi solat hari raya...


Tengok la adik fawwaz hensem sebab baby pun dah pakai baju melayu ngan kopiah... Abang awfa pulak dah buka baju melayu, tinggal pampers je... Awfa duk memujuk adik fawwaz yang duk menangis tu... baik betul abag awfa nih.


Semua mok-mok ngan ayoh-ayoh nak bergambar ngan fawwaz nih... mujur la fawwaz baby yang baik. Awfa ni pulak pemalu sungguh...



Ni tokbah ngan fawwaz...



Ni kak Dhuha, cucu perempuan tunggal dari lima orang cucu tokbah. Tengokla dhuha ni, kurus kering, susah nak makan nasi, kalau gula-gula, coklat tu suka la makan. Harap-harap lepas ni Dhuha cepat gemuk sikit, nanti nak masuk sekolah darjah satu tahun depan, takpun kalau nak suruh cepat gemuk, mari duduk kat mache ngan tokbah dan tokmi ni!


Hidangan hari raya... ada biskut, kek raya, sate, nasi himpit, lemang, ketupat, tapai beras dan macam-macam lagi... meriah.


Maqlubah istimewa dari umi awfa dan tokmi.


Proses membuat maqlubah... tengah hari baru boleh makan...


Lemang yang dikirim dari bakal besan tokbah, nasi himpit dan tapai beras istimewa tokmi.



Proses membuat tapai beras, agak rumit juga. Tapai beras moden, sebab guna bekas plastik, tokmi tak larat nak balut guna daun getah dan daun pisang, senang buh dalam bekas je, cepat siap.


Ni pula masa hari raya kedua, semua balik kampung tokbah kat Pulai Gajah. Tu tokdo (adik tokbah), tok mek (kakak kedua tokbah), tok cik (abang ipar tokbah) dan tok som (kakak sulong tokbah). Kesian tok som, hampir-hampir kena strok...



Suasana kampung tokbah... terimbau kenangan tokbah dulu...


Ziarah kubur che' wa (ayah tokbah), toknyang (mak tokbah), kakak tokbah dan saudara-mara tokbah kat Pulai Gajah.


Ziarah kubur tok ayah (ayah tokmi), toknyang (mak tokmi), nyang (nenek tokmi), tok cik wi (abang tokmi) dan tok ayah me (ayah abang anis) kat Machang.


Penat bermain bunga api di malam raya... semua tidur kepenatan... aksi-aksi tidur yang macam-macam rupa... Aik tokbah pun ada sekali!


Malam hari raya... wahh, semua anak-anak dan cucu-cucu tokbah duk bergembira bermain bunga api yang biasa tu, tokbah tak benar main mercun, bahaya.


Sehari sebelum raya, mokja, mokyah, ayohsif ngan ayohwea sempat lagi gi kb shopping raya...


Mokja dan mokyah baik hati raya kali ni sebab dorang belanja raya kat semua... Bagitau je nak ape, mesti dorang belikan... Ayohwea mengambil kesempatan mengepow mokja kopiah berharga RM50, seronok la ayohwea.


Potret Raya Aidilfitri 2009 di Machang...

No comments: