Sunday, April 27, 2008

12 KATEGORI MANUSIA YANG DIDOAKAN OLEH PARA MALAIKAT

Assalamualaikum! semoga cunda berempat dalam sejahtera dalam lindungan dan dalam limpahan rahmat Allah hendaknya.
Semasa kuliah Maghrib tadi sempat jug baTok Bah kutip isi-isi penting yang disampaikan
oleh penceramah tadi.
Untuk panduan Tok Bah dan cunda kalian Tok Bah senaraikan butir-butir penting itu :
1.Orang yang tidur dalam keadaan suci.
2.Orang yang duduk menunggu waktu solat.
3.Orang-orang yang berada di saf hadapan sekali di dalam solat berjemaah.
4.Orang-orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan ruang
kosong di dalam saf).
5.Para malaikat mengucapkan "Amin" ketika seorang imam selesai membaca
Al-Fatihah.
6.Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solatnya,
7.Orang-orang yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar secara berjemaah.
8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan .
9.orang-orang yang berinfak.
10.Orang yang sedang makan sahur.
11.Orang yang sedang menziarah orang sakit.
12.Seseorang yang sedang mengajar sesuatu yang baik kepada seseorang.

Catatan di atas tentunya sudah ada yang dapat diamal sendiri oleh abang Khayr,
Umayr dan kak Dhuha iaitu doa semasa hendak tidur.Teruskan amali ini.
Agaknya abang Khayr dah lancar membaca. Bacalah apa yang Tok Bah tulis ini.

No comments: